Sunday, February 26, 2012

How to be pretty, by not-so-pretty girl

.

Hi.

Tahun ni aku dah 24. Rasanya macam dah tua. Bila tgk kawan-kawan sekerja, semua lebih tua dari aku. Jadi secara automatik aku pun jadi berfikiran orang tua. Huhu

Tapi yg di sekeliling aku semua pemikiran muda mudi belaka, aku je pikir macam orang tua.

In fact, i look like a 28 year-old. Huhu sob sob sedih mak nyah.

Jadi, demi untuk meningkatkan kolagen dalam badan and muka awet muda, aku pun beli lah Pure Collagen Dust dari Kak Nani. It was few months ago kot. Bulan 1. 6th January 2012 aku start makan, Mula-mula gigih kot.

Pastu jadi 2 hari sekali, pastu 3-4 hari sekali. Huhu. Pemalas ya rabbi. Tapi i can feel the difference. Muka kurang berparut. Aku ni species yg sering berjerawat yg meninggalkan kesan parut hitam sebagai tanda cinta dan kaseh sayang. Bila dah start makan Collagen Dust ni, parut berkurang and tak begitu lama kat muka. It's a good thing.

And keserian muka tu tak dapat dinafikan. Macam glowing je, even tak pakai pape mekap pun. Aku tatau lah betul ke x, since takde orang tego. Tanya popo pun dia sentiasa kata aku cantik. Cis. Malas nak bertekak le tu.

But at the same time aku guna Hada Labo jugak. Arbutin Whitening Lotion. 6th January start pakai. Yg ni setiap hari 10 kali kot pakai. Skang dah jadi begitu pemalas, Sehari sekali je bila nak pi keja. Best pakai benda ni, muka kurang berminyak, mekap hold kat muka, and rasa sangat bersih bila cuci muka.

And suddenly tanpa diduga, jerawat makin berkurangan. Pendek kata, susah nak tumbuh. Good lah kan.

So both products ni aku puas hati. Hada Labo dalam RM50, and leh bertahan sampai lebih 5 bulan. Huhu agak terkejut juga di situ ye, since aku start pakai bulan 1, and until now baru 1/5 berkurangan. Puas hati.

Pure Collagen Dust lak dalam RM170 and leh bertahan dalam 3 bulan. Since aku dah almost 2 bulan makan, tinggal lg dlm 1 bulan je. Dah abes nanti beli lagi. Barang bagus, apa salahnya berhabes sket kan. Bukan untuk orang lain.

And memandangkan aku kerja dalam bidang kimia, aku leh guarantee this product memang pure. I mean not pure 100% lah. Mana leh 100%, need to add some preservatives or something untuk maintain the effectiveness. At least 80% tu dah guarantee, and it's good enough dude. Kau bayangkan product yg berasaskan collagen semua, collagen dalam product-product tu semua macam dalam 5% je pun paling tinggi. Ini 80%, apa kau nak cakap.

So total dalam RM220 untuk 4 bulan lah katakan. Sebulan RM55. Okay lah tu. Jaga muka biar dari muda.

Concern aku skang ni, hanya bekas parut yg berlubang. Muka aku banyak lah jugak kawah-kawah bulan tu. Macam mana nak ilangkan ntah. Tengok product Tabita from Peej, dalam RM300 kot. Macam over sket lah bajet aku kan. I'm thinking of something permanent.

Like laser or something.

Khir Toyo pun muka leh licin, nape aku tak boleh kan.

One day, before i get married, i'm going for laser treatment, i think.

These two products i hope can give a very worth-it-all experience for me. Skang terlalu awal untuk duga.

And suddenly teringat pula breast enhancing product. Kalau sesiapa nak beli tu, try lah Lelan Vital Breast Serum from Cosway. I can sure you. In one month, you can see the difference. It's like RM58 for members, and RM88 for non members. 1 serum bottle can last for 1 month.

Good things are good to share. Good products will have incoming good testimonials.

.

Sunday, January 1, 2012

Saya dan pelan masa depan... kot

.

Tahun 2012 saya dah 24 tahun.

Umur saya bukan muda lagi. Orang lain dah beranak pinak dah.

Saya perlu rancang masa depan. Saya tiada ibubapa yg senang. Malah ibubapa saya juga sudah tua dan bergantung kepada saya. Insyaallah saya akan buat yg terbaik.

Untuk diri saya dan masa depan.

Tahun ini saya nak bukak ASB.

Kenapa sebelum ni saya tak terdengar pasal ASB? Mungkin sebab saya belum kerja lagi kot. Sekarang dah kerja, nak simpan duit sentiasa bermain di fikiran.

Saya ingat nak simpan di bank sahaja. Tapi memandangkan saya ni kalau tension sikit, mula lah nak cucuk duit enjoy~

Parah nanti. Duit ke mana, simpanan ke mana.

Jadi maybe simpan dalam ASB ni pilihan terbaik bagi saya. Tambahan pula saya ni dah 24 tahun. Bukan muda.

Saya pikir nak simpan sikit-sikit dulu. Dalam rm300 sebulan. Insyaallah kalau Popo setuju dia juga akan turut tambahkan lagi rm300 ke dalam simpanan saya. Sengaja saya minta dari dia. Nak harapkan dia, entah bila dia akan simpan. Duit simpanan dari bahagian dia, akan dibuat duit kahwin.

Duit simpanan dari bahagian saya, adalah untuk saya.

Insyaallah akan mula simpan January 2012. Doakan.

.