Sunday, February 26, 2012

How to be pretty, by not-so-pretty girl

.

Hi.

Tahun ni aku dah 24. Rasanya macam dah tua. Bila tgk kawan-kawan sekerja, semua lebih tua dari aku. Jadi secara automatik aku pun jadi berfikiran orang tua. Huhu

Tapi yg di sekeliling aku semua pemikiran muda mudi belaka, aku je pikir macam orang tua.

In fact, i look like a 28 year-old. Huhu sob sob sedih mak nyah.

Jadi, demi untuk meningkatkan kolagen dalam badan and muka awet muda, aku pun beli lah Pure Collagen Dust dari Kak Nani. It was few months ago kot. Bulan 1. 6th January 2012 aku start makan, Mula-mula gigih kot.

Pastu jadi 2 hari sekali, pastu 3-4 hari sekali. Huhu. Pemalas ya rabbi. Tapi i can feel the difference. Muka kurang berparut. Aku ni species yg sering berjerawat yg meninggalkan kesan parut hitam sebagai tanda cinta dan kaseh sayang. Bila dah start makan Collagen Dust ni, parut berkurang and tak begitu lama kat muka. It's a good thing.

And keserian muka tu tak dapat dinafikan. Macam glowing je, even tak pakai pape mekap pun. Aku tatau lah betul ke x, since takde orang tego. Tanya popo pun dia sentiasa kata aku cantik. Cis. Malas nak bertekak le tu.

But at the same time aku guna Hada Labo jugak. Arbutin Whitening Lotion. 6th January start pakai. Yg ni setiap hari 10 kali kot pakai. Skang dah jadi begitu pemalas, Sehari sekali je bila nak pi keja. Best pakai benda ni, muka kurang berminyak, mekap hold kat muka, and rasa sangat bersih bila cuci muka.

And suddenly tanpa diduga, jerawat makin berkurangan. Pendek kata, susah nak tumbuh. Good lah kan.

So both products ni aku puas hati. Hada Labo dalam RM50, and leh bertahan sampai lebih 5 bulan. Huhu agak terkejut juga di situ ye, since aku start pakai bulan 1, and until now baru 1/5 berkurangan. Puas hati.

Pure Collagen Dust lak dalam RM170 and leh bertahan dalam 3 bulan. Since aku dah almost 2 bulan makan, tinggal lg dlm 1 bulan je. Dah abes nanti beli lagi. Barang bagus, apa salahnya berhabes sket kan. Bukan untuk orang lain.

And memandangkan aku kerja dalam bidang kimia, aku leh guarantee this product memang pure. I mean not pure 100% lah. Mana leh 100%, need to add some preservatives or something untuk maintain the effectiveness. At least 80% tu dah guarantee, and it's good enough dude. Kau bayangkan product yg berasaskan collagen semua, collagen dalam product-product tu semua macam dalam 5% je pun paling tinggi. Ini 80%, apa kau nak cakap.

So total dalam RM220 untuk 4 bulan lah katakan. Sebulan RM55. Okay lah tu. Jaga muka biar dari muda.

Concern aku skang ni, hanya bekas parut yg berlubang. Muka aku banyak lah jugak kawah-kawah bulan tu. Macam mana nak ilangkan ntah. Tengok product Tabita from Peej, dalam RM300 kot. Macam over sket lah bajet aku kan. I'm thinking of something permanent.

Like laser or something.

Khir Toyo pun muka leh licin, nape aku tak boleh kan.

One day, before i get married, i'm going for laser treatment, i think.

These two products i hope can give a very worth-it-all experience for me. Skang terlalu awal untuk duga.

And suddenly teringat pula breast enhancing product. Kalau sesiapa nak beli tu, try lah Lelan Vital Breast Serum from Cosway. I can sure you. In one month, you can see the difference. It's like RM58 for members, and RM88 for non members. 1 serum bottle can last for 1 month.

Good things are good to share. Good products will have incoming good testimonials.

.

Sunday, January 1, 2012

Saya dan pelan masa depan... kot

.

Tahun 2012 saya dah 24 tahun.

Umur saya bukan muda lagi. Orang lain dah beranak pinak dah.

Saya perlu rancang masa depan. Saya tiada ibubapa yg senang. Malah ibubapa saya juga sudah tua dan bergantung kepada saya. Insyaallah saya akan buat yg terbaik.

Untuk diri saya dan masa depan.

Tahun ini saya nak bukak ASB.

Kenapa sebelum ni saya tak terdengar pasal ASB? Mungkin sebab saya belum kerja lagi kot. Sekarang dah kerja, nak simpan duit sentiasa bermain di fikiran.

Saya ingat nak simpan di bank sahaja. Tapi memandangkan saya ni kalau tension sikit, mula lah nak cucuk duit enjoy~

Parah nanti. Duit ke mana, simpanan ke mana.

Jadi maybe simpan dalam ASB ni pilihan terbaik bagi saya. Tambahan pula saya ni dah 24 tahun. Bukan muda.

Saya pikir nak simpan sikit-sikit dulu. Dalam rm300 sebulan. Insyaallah kalau Popo setuju dia juga akan turut tambahkan lagi rm300 ke dalam simpanan saya. Sengaja saya minta dari dia. Nak harapkan dia, entah bila dia akan simpan. Duit simpanan dari bahagian dia, akan dibuat duit kahwin.

Duit simpanan dari bahagian saya, adalah untuk saya.

Insyaallah akan mula simpan January 2012. Doakan.

.

Friday, December 30, 2011

I'm advertising for a new candidate

.

Hello.

I'm looking for a new guy. To be my next toy boy perhaps.

Wahaha mati lah advertise pulek.

Whatever. I have my own right to be playful and choose whoever i want.

So I would like to get a new guy. My current guy is damn bosan and doesn't have that much time to spend with me.

Below are fews of my criteria (haha ada ke orang kesah???):

1) Dark skin, preferably darker skin than me supaya aku nampak cerah.
2) Tidak belah rambut di bahagian tengah. Lelaki rambut belah tengah is pondan-alike. It's true.
3) Tak gemuk, tak kurus. Weight dalam 55 - 70kg with height more than 160cm. Aku 159cm.
4) Protective. Aku tak kesah dikongkong as long as it is the right thing. Kalau tak kongkong tu aku rasa macam orang tu tak sayang aku pulak.
5) Tidak kurang ajar dgn aku. Nak kurang ajar dgn orang lain takpe (as long as respect orang tua).
6) Money-wise and pandai bajet duit.
7) Miskin kaya tarak kesah, harta ke takdak harta ke, not a prob, sebab akhlak and personality itu lebih bermakna.
8) Teruna. Aku nak yg fresh sebab aku pun fresh.
9) Always there for me, as i will always be there for you too.
10) Will walk through a fucking monsoon for me. Tak kira ribut, panas, taufan badai sume ar.

Erm. Tu je kot. Paras rupa bukan apa-apa pun asalkan aku lalu makan nasik depan kau itu dah kira okay. No biggie.

Aku cerewet tak? Tak kan. Aku just nak yg bertepatan dgn apa yg aku harapkan je. Kalau aku kawen dgn orang yg takdak ciri-ciri ni, aku akan angin je sepanjang masa, which is not good for our relationship.

It's good if my current guy can be like what i want 'cause he has what it takes, just a few, need to be changed.
But it's fucking 2 years and he still did not change. He even became worst.

I am not a good girl either but as long as you give what you should give, then i'll play my part good too. It sicks to think that for all this time its only me who play the part.

End of the advertisement.

Tata.

.

Sunday, December 11, 2011

.

Tadi baru lepas jumpa Sumi kat airport Penang. Sepatutnya malam semalamjumpa and jalan-jalan sket, tapi Prof dia ajak dia jalan-jalan jgk. Takkan dia nak cancel dgn prof dia kan. Huhu

So tadi jumpa pun kejap je dalam 10minit camtu. Sumi dah gemuk omaigod... Haha takda lah gemuk gila, tapi berisi lah. Dulu kurus-kurus gitu. Geng lah dgn aku yg kurus ni. Sekali tadi... berisi dah dia...

Dia cakap sebab makan Weight Gain dulu (yg makan dgn aku time uni dulu), baru nampak efek, so berisi. Tapi aku tak berisi pung!!!! Tak aci siot..

Sumi berisi sebijik macam akak dia yg Pojah tu, hehe. Bila lah aku lak nak gemuk ni. Berat dari dulu 38kg je.. Bila naik, akan turun balik. Banyak makan hati kot.. Kan orang kata klu makan hati, berat akan turun, sebab hati tu berat dia negative. So kalau kita berat 50kg, makan hati hari-hari (berat -0.2kg), tak ke akan turun berat lepas tu? Hahah orang tak kata, aku yg kata =.=''

Jeles siot tgk sumi. Dia dah berisi. Hati pun senang. Lawa pulak tu. And sambung Master. Rasa cam jauh je dia dgn aku ni. Aku ni apa yg ada..

Nak amek master, tak pandai. Huhu. Nak gemuk, tak gemuk-gemuk. Nak lawa, makin berjerawat. Aduyai.

Huhu. Gudluck sumirah.

.

Sunday, October 16, 2011

A surprise to me

.

Kemas bilik tadi. Siot kemas betul bilik aku. Haha.

Selama ni selerak nak mampus. Klu ada taik kuceng pun ada aku peduli? Huhu

Dalam 2 jam lah jugak aku kemas. Then kosongkan drawer almari and place my undergarments there. Oyeahh.

Owh ya. Semalam beli underware baru. Wakaka. Tu yg ada inisiatif untuk kemas bilik. Point nye untuk nak kemas drawer almari je sbenarnya sebab nak letak underware. Haha.

Mood aku yg menghilang tu dah okay kembali semenjak beli panties baru.

Yeah i'm a panties otaku. LOL

And time kemas-kemas tu, leh terjumpa lak pendrives aku yg ilang. Aku ingatkan dah ilang bersama-sama laptop kesayangan aku dulu. Yeah some sick-ass bastards masuk umah aku and curi laptop aku and my bagpack. So aku ingat pendrives kesayangan aku pun kena curi lah kan.

Tak sangka jumpa dalam pencil case sendri. Okay, selerak sgt sampai tatau letak mana. My bad.

Hehe.

Happy ada panties baru.

Sumber dari En. Google
Panties yg aku suka ialah yg jenis bikini. Wakaka.

G-string tak penah lak ada (tipu heh).

p/s: Aku rindu panties Pikachu aku yg dah lama arwah tu.

.

Birthday Boy

.

Aritu birthday my dad.

Yang ke 61. Semoga pnjang umur sampai ke 100 tahun =)

At Nurul Ikan Bakar

Murah je kat Nurul ni. Puas ati dengan makanan and price dia.

Shall go again next time eh, father?

Kayap aku.

Huhu.

.

Sunday, October 9, 2011

LOL

.

Nothing gonna change my love for you *betul ke aku nyanyi ni*

Lantak.

syg ku
Wakaka.

I don't care apa orang lain cakap, i know this man inside out.

By inside out, i meant personally and literally. Haha

.

Hilang sudah kenangan ku

.

Kesah ni sebulan yg lepas.

Komik-komik ku dimakan anai-anai. Depa ni takdak benda lain nak makan, Komik aku jugak jadi mangsa. Habes semua. Sebab komik-komik aku suma dok dalam kotak. 1 kotak depa gigit. Bukan saja komik sebenarnya, tapi buku-buku uni aku pun kena jugak.

Cuma buku uni kena gigit tak seteruk komik-komik aku. Agaknya anai-anai ni suka baca komik dari belajar. Huhu

Damn abes impian aku untuk bangga depan anak cucu pasal komik aku. Dah lah ada antara komik-komik ni dah tak dak kat pasaran. 1 komik ja dah hampir rm5. Kalau ada 500 komik? Dah brapa riban aku abes. Cis, ilang impian di masa tua.

Seteruk dulu adik aku bagi koleksi shinchan aku kat kawan dia. Seteruk dulu akak aku buang koleksi Doraemon aku dalam sungai. Koleksi tahu? Bukan 1-2 bijik. Puluh-puluh ke ratus-ratus bijik.

Layan kan je kenangan aku.

*background music* Suatu Masa -Kamikaze

termites attack. Sad sad

damn shit, the cover look just fine, but the pages all eaten

Sad sad

my little black book. This is like a diary to me when i was in high school. heheh

now you can't get a copy of Starz no more

one of my biggest collection i had - arena komik

haish termites

bye bye arena

come come lets eat, says mr termite

some of them, huhu

another some of them. goodbye dearie
A final goodbye to my beloved comics. I am not an otaku anymore. I did not read comics anymore these days. I blame it on my pathetic life. On my pathetic work. Owh comics bring me peace.

Rest In Peace, dearie.

.

Saturday, October 8, 2011

Semalam

.

Semalam kerja dgn penat. Bos cakap Isnin nanti aku kena spend a few hours utk kerja baru. wat QOM. Benatang apa pun aku tatau, just cakap yes je lah. Huhu

Pastu balik, direct terus pi kedai papan kat sebelah masjid sg ara, beli dawai mata punai. Nak complete kan reban ayam aku yg tak siap-siap tu. Hehe. Dawai jaring yg macam aku mau tu takdak lak, so beli dawai besi. 1 kaki rm3. 4 kaki dah rm12. Huhu

Tambah lagi dengan cat kilat rm5 kaler koko. Abes duit aku.

Sebenarnya nak cita pasal benda aku jumpa kat kedai papan tu lah.

Hehe. Cute little puppies! Comel giler. Datang cium-cium kaki aku. Kasut lah dowh, takkan aku berkaki ayam lak kan. Gemuk-gemuk. Geram tengok.

Rasa nak pegang tapi nanti orang sekeliling tengok lak aku pegang, kang xpasal-pasal masuk harian metro lak kang.

"Pempuan Melayu belai anak anjing"

Kang femes lak aku. Tapi xde masalah pegang. Bukan anjing besar pun. Klu besar aku takut oo.. Ni kecik je. Besar 2 tapak tangan. Tokey kedai papan tu sepak-sepak je anak-anak anjing tu. Sian betul.

Kalau dapat bela kan best. Tapi tanpa sebab musabab tak dapat lah kan, huhu.

Aku geram sebab gemuk and jalan montel-montel je depa 3 ekoq tu. Baka beagles kot. Jap google jap.

Yep, this species.
Ish, geram betul. Teringat lagi. Sampai terbawak ke alam mimpi malam tadi. Huhu.

.

Tuesday, October 4, 2011

Suatu hari di tempat kerja

.

For my own surprise, arini aku okay lak dgn bos kat tempat keja. Hahahaha

Yeah I know i'm kidding. Tapi kan, orang kata tak kenal maka tak cinta. Bukan cinta kat bos, tapi cinta kat kerja. I don't have any problem with my work, okay je. But sometimes tensen dgn environment + bos suka blame orang lain + bos suspicious + ada spy dlm tempat keja, jadi susah lah.

Kerja pun tak enjoy. Camna nak betahan lama kan? Ececeh bajet pekerja contoh lak kan. Warning letter pun dah dapat kot. Heheh.

Oyehhh...

Arini ada tambahan keja lagi. Ari-ari kot ada tambahan keja. Huhu.

Kadang-kadang teringin nak jadi pekerja cemerlang. Huhu.

.