Saturday, October 8, 2011

Semalam

.

Semalam kerja dgn penat. Bos cakap Isnin nanti aku kena spend a few hours utk kerja baru. wat QOM. Benatang apa pun aku tatau, just cakap yes je lah. Huhu

Pastu balik, direct terus pi kedai papan kat sebelah masjid sg ara, beli dawai mata punai. Nak complete kan reban ayam aku yg tak siap-siap tu. Hehe. Dawai jaring yg macam aku mau tu takdak lak, so beli dawai besi. 1 kaki rm3. 4 kaki dah rm12. Huhu

Tambah lagi dengan cat kilat rm5 kaler koko. Abes duit aku.

Sebenarnya nak cita pasal benda aku jumpa kat kedai papan tu lah.

Hehe. Cute little puppies! Comel giler. Datang cium-cium kaki aku. Kasut lah dowh, takkan aku berkaki ayam lak kan. Gemuk-gemuk. Geram tengok.

Rasa nak pegang tapi nanti orang sekeliling tengok lak aku pegang, kang xpasal-pasal masuk harian metro lak kang.

"Pempuan Melayu belai anak anjing"

Kang femes lak aku. Tapi xde masalah pegang. Bukan anjing besar pun. Klu besar aku takut oo.. Ni kecik je. Besar 2 tapak tangan. Tokey kedai papan tu sepak-sepak je anak-anak anjing tu. Sian betul.

Kalau dapat bela kan best. Tapi tanpa sebab musabab tak dapat lah kan, huhu.

Aku geram sebab gemuk and jalan montel-montel je depa 3 ekoq tu. Baka beagles kot. Jap google jap.

Yep, this species.
Ish, geram betul. Teringat lagi. Sampai terbawak ke alam mimpi malam tadi. Huhu.

.

No comments: