.
Tahun 2012 saya dah 24 tahun.
Umur saya bukan muda lagi. Orang lain dah beranak pinak dah.
Saya perlu rancang masa depan. Saya tiada ibubapa yg senang. Malah ibubapa saya juga sudah tua dan bergantung kepada saya. Insyaallah saya akan buat yg terbaik.
Untuk diri saya dan masa depan.
Tahun ini saya nak bukak ASB.
Kenapa sebelum ni saya tak terdengar pasal ASB? Mungkin sebab saya belum kerja lagi kot. Sekarang dah kerja, nak simpan duit sentiasa bermain di fikiran.
Saya ingat nak simpan di bank sahaja. Tapi memandangkan saya ni kalau tension sikit, mula lah nak cucuk duit enjoy~
Parah nanti. Duit ke mana, simpanan ke mana.
Jadi maybe simpan dalam ASB ni pilihan terbaik bagi saya. Tambahan pula saya ni dah 24 tahun. Bukan muda.
Saya pikir nak simpan sikit-sikit dulu. Dalam rm300 sebulan. Insyaallah kalau Popo setuju dia juga akan turut tambahkan lagi rm300 ke dalam simpanan saya. Sengaja saya minta dari dia. Nak harapkan dia, entah bila dia akan simpan. Duit simpanan dari bahagian dia, akan dibuat duit kahwin.
Duit simpanan dari bahagian saya, adalah untuk saya.
Insyaallah akan mula simpan January 2012. Doakan.
.